TAHNIAH
kepada industri perfileman tanah air kita,kerana dalam masa terdekat ini, Menteri
Komunikasi Multimedia Malaysia , Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bakal
mengumumkan Ketua Pengarah FINAS yang baru , iaitu Dr. Megat Al-Imran Yasin
yang pada ketika ini diberi kuasa oleh Pengerusi FINAS sendiri, Datuk Haji Md. Afendi Datuk Haji
Hamdan untuk memangku jawatan tersebut
pada ketika ini.
DR MEGAT AL IMRAN YASIN |
Dr Megat Al
Imran Yasin adalah merupakan sahabat setia kepada Ketua Setiausaha KKMM , Datuk
Seri Abdul Rahim Bin Mohamad Radzi, dan Pengerusi FINAS, Datuk Haji Md. Afendi
Datuk Haji Hamdan.
Difahami
bahawa Dr Megat Al Imran adalah seorang yang sangat popular dan sangat
disayangi oleh golongan penggiat seni.Beliau juga amat disegani oleh golongan
artis dan para pelakon. Bukan setakat itu sahaja, penerbit serta pengarah filem
juga senang berada di sisi beliau.
Dr Megat Al
Imran Yasin adalah dilahirkan di dalam keluarga yang cintakan seni terutamanya
perfileman, memang sesuai benar beliau di jadikan Ketua Pengarah FINAS yang
baru terutama di alaf baru ini.Dengan pemikiran yang ada pada beliau saya amat
yakin Dr Megat adalah antara Ketua Pengarah FINAS yang terbaik yang pernah
dilantik.
Beliau merupakan
seorang yang mempunyai pemikiran strategis dan mampu melonjakkan kembali imej
FINAS yang selama ini pernah tercalar akibat dari Laporan Ketua Audit Negara
2012, berkenaan pengurusan kewangan FINAS yang "kurang memuaskan".