TAHNIAH
kepada industri perfileman tanah air kita,kerana dalam masa terdekat ini, Menteri
Komunikasi Multimedia Malaysia , Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bakal
mengumumkan Ketua Pengarah FINAS yang baru , iaitu Dr. Megat Al-Imran Yasin
yang pada ketika ini diberi kuasa oleh Pengerusi FINAS sendiri, Datuk Haji Md. Afendi Datuk Haji
Hamdan untuk memangku jawatan tersebut
pada ketika ini.
DR MEGAT AL IMRAN YASIN |
Dr Megat Al
Imran Yasin adalah merupakan sahabat setia kepada Ketua Setiausaha KKMM , Datuk
Seri Abdul Rahim Bin Mohamad Radzi, dan Pengerusi FINAS, Datuk Haji Md. Afendi
Datuk Haji Hamdan.
Difahami
bahawa Dr Megat Al Imran adalah seorang yang sangat popular dan sangat
disayangi oleh golongan penggiat seni.Beliau juga amat disegani oleh golongan
artis dan para pelakon. Bukan setakat itu sahaja, penerbit serta pengarah filem
juga senang berada di sisi beliau.
Dr Megat Al
Imran Yasin adalah dilahirkan di dalam keluarga yang cintakan seni terutamanya
perfileman, memang sesuai benar beliau di jadikan Ketua Pengarah FINAS yang
baru terutama di alaf baru ini.Dengan pemikiran yang ada pada beliau saya amat
yakin Dr Megat adalah antara Ketua Pengarah FINAS yang terbaik yang pernah
dilantik.
Beliau merupakan
seorang yang mempunyai pemikiran strategis dan mampu melonjakkan kembali imej
FINAS yang selama ini pernah tercalar akibat dari Laporan Ketua Audit Negara
2012, berkenaan pengurusan kewangan FINAS yang "kurang memuaskan".
Dengan semua
kepakaran dan pengetahuan luar biasa Dr Megat, ia akan membawa Finas kepada
dimensi serta akan membawa kepada transformasi baru wajah FINAS.
Hubungan
yang baik dikalangan semua pekerja FINAS serta sentiasa bekerjasama dengan
mereka tanpa mengira pangkat menjadikan Dr Megat ini sebagai seorang yang
paling peramah berbanding dengan Pengerusi FINAS sekarang. Saya amay pasti
bahawa beliau adalah calon yang paling “ capeable” di bidang ini.
Selain Dr
Megat menjadi penasihat kepada KSU, beliau sangat mengenali dengan rapat semua
pekerja FINAS dari peringkat tertinggi sehingga ke pengawal keselamatan.
Semasa Delegasi
FINAS ke Hanoi, Vietnam , Dr Megat lah yang secara individu berjaya
mengharumkan nama negara apabila dua dokumentari terbitannya merangkul dua
anugerah di Festival Foto dan Filem Asean 2013.
Dokumentari
berjudul 'Jungle Beat' arahannya telah melonjak nama FINAS kerana hubungannya
dengan Vietnam. Pengiktirafan itu
menurut Dr Megat Al-Imran, telah membantu membuka mata banyak pihak tentang
kualiti penerbitan dokumentari tempatan di samping mempromosikan Malaysia di
persada dunia.
Kepayahan Dr
Megat untuk melobi semua ini adalah berbaloi sangat-sangat untuk usaha
melonjakkan beliau di persada seni ini.
Dr Megat
berperanan penting selepas beberapa kali, acara anugerah berprestij Festival
Filem ke-26 (FFM26) ditangguhkan akhirnya ditetapkan akan berlangsung pada 1
November di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad.
Akhirnya
tercapai juga hasrat Pengerusi
FINAS, Datuk Haji Md. Afendi Datuk Haji Hamdan sebagai seorang yang digemari
serta disegani oleh semua pihak samada kawan mahupun lawan untuk meletakkan anak
didikannya,Dr Megat sebagai Ketua Pengarah FINAS.
Semoga Dr
Megat dapat memberi impak yang kuat
serta transformasi baru bagi mengekalkannya sebagai Ketua Pengarah FINAS
yang paling komited pernah dilantik.
No comments:
Post a Comment