Friday, 12 September 2014

Shabery Cheek Lantik Sahabat Yang Hancurkan Agensi Sendiri.



Datuk Afendi
Menteri Kementerian Komunikasi Dan Multimedia ,Dato’ Shabery Cheek telah meletakkan sahabat baik beliau iaitu  Datuk Md Afendi Hamdan  di dalam FINAS. Selepas itu beliau telah melantik Datuk Md Afendi Hamdan sebagai pengerusi FINAS pula. Tujuannya ialah untuk mencatur beberapa perkara dan melanggar beberapa prosuder di dalam prosedur kerajaan. Ini merupakan kali pertama di dalam FINAS, sejak saya bekerja beberapa tahun di dalam FINAS. Dan untuk hari ini, sudah genap dua puluh lapan tahun saya bekerja di bawah FINAS.

Dato' Shabery Cheek
Inilah kali pertama dalam sejarah seorang Pengerusi FINAS mencampuri urusan pentadbiran. Pengerusi FINAS ini telah masuk di dalam mesyuarat pentadbiran dan cuba bertindak bagus untuk mengarah dan mengambil keputusan sendiri. Yang lebih menghairankan saya,selama saya bekerja di FINAS, Pengerusi FINAS tidak ada kuasa langsung dan beliau hanyalah seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri. Datuk Afendi telah memecat dan menukar pegawai kerajaan dengan sesuka hatinya. Tindakan beliau membelakangkan hati pegawai pegawai kerajaan yang sudah lama berkhidmat dalam industri perfileman dan FINAS. Lebih mengecilkan hati kami ialah  apabila ramai di antara kami yang sudah lama di Finas dipandang sebelah mata sahaja oleh Pengerusi FINAS.
Dato’  Shabery telah berpakat dengan Dato’ Afendi mengambil pegawai dari luar yang dipinjamkan dari UPM, iaitu Dr Megat Al Imran Yasin yang berlagak bijak dan sendirinya mengarahkan sesuatu perkara yang seolah kami tidak tahu, sedangkan kami adalah lama di FINAS dan tahu selok belok.

Tanpa memahami undang-undang, tanpa usul periksa Dr Megat tidak memahami tujuan dan agenda yang cuba digerakkan oleh FINAS.  

Baru baru ini saya dan semua pegawai dipanggil ke pejabat untuk bertemu dengan Pengerusi, dan beliau dengan bongkaknya mengumumkan kepada  semua pegawai bahawa Dr Megat mungkin menjadi Ketua Pengarah FINAS dan beliau juga memperlihatkan kepada kami, beliaulah yang boleh bercakap dan memberi cadangan kepada Dato’ Menteri Shabery Cheek.

Sedangkan semua pegawai lama tahu bahawa Dr Megat hanyalah  sebagai Pemangku Ketua Pengarah untuk menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah untuk sementara sahaja sebelum Ketua Pengarah baru dilantik.

Apakah yang cuba dilakukan oleh Datuk Shabery ini dan apakah perancangannya di dalam FINAS.


Kenapakah beliau menggunakan jawatan sebagai Menteri  untuk mencatur rakan-rakan baik dan sibuk menjadi pengatur dan memecat serta menukar pegawai dengan sesuka hati.

Sejak kebelakangan ini Dato Shabry menerajui Kementerian yang penting dan tidak pernah kita dapat lihat ada faktor yang menguntungkan  pemain industri dalam meningkatkan lebih ramai pemain-pemain  bumiputra dan melayu dlm industri perfileman malah apa yang kita lihat hanya letih dan lesu dalam industri ini,mengikut pengalaman saya di FINAS ini,sewaktu zaman Dato’ Rais Yatim adalah jauh lebih baik dari sekarang.

Saya rasa Dato’ Shabery menggunakan kuasa beliau seperti mentadbir UMNO Bahagian yang hanya memilih siapa yang dia suka dan siapa yang tidak sebulu dengannya akan diketepikan. Datuk Afendi dilihat bodoh sombong dan melayan pegawai FINAS seperti seorang Dayak yang datang dari Sabah dan baru mendapat kuasa.

Saya juga amat yakin jika pekerja FINAS  yang terbaca luahan ini pasti akan bersetuju dengan pandangan dan perkara ini.

No comments:

Post a Comment