Monday, 20 October 2014

Dr. Megat Al-Imran Yasin bakal diumumkan sebagai Ketua Pengarah FINAS



TAHNIAH kepada industri perfileman tanah air kita,kerana dalam masa terdekat ini, Menteri Komunikasi Multimedia Malaysia , Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bakal mengumumkan Ketua Pengarah FINAS yang baru , iaitu Dr. Megat Al-Imran Yasin yang pada ketika ini diberi kuasa oleh Pengerusi FINAS sendiri, Datuk Haji Md. Afendi Datuk Haji Hamdan untuk  memangku jawatan tersebut pada ketika ini.
DR MEGAT AL IMRAN YASIN

Dr Megat Al Imran Yasin adalah merupakan sahabat setia kepada Ketua Setiausaha KKMM , Datuk Seri Abdul Rahim Bin Mohamad Radzi, dan Pengerusi FINAS, Datuk Haji Md. Afendi Datuk Haji Hamdan.

Difahami bahawa Dr Megat Al Imran adalah seorang yang sangat popular dan sangat disayangi oleh golongan penggiat seni.Beliau juga amat disegani oleh golongan artis dan para pelakon. Bukan setakat itu sahaja, penerbit serta pengarah filem juga senang berada di sisi beliau.

Dr Megat Al Imran Yasin adalah dilahirkan di dalam keluarga yang cintakan seni terutamanya perfileman, memang sesuai benar beliau di jadikan Ketua Pengarah FINAS yang baru terutama di alaf baru ini.Dengan pemikiran yang ada pada beliau saya amat yakin Dr Megat adalah antara Ketua Pengarah FINAS yang terbaik yang pernah dilantik.  

Beliau merupakan seorang yang mempunyai pemikiran strategis dan mampu melonjakkan kembali imej FINAS yang selama ini pernah tercalar akibat dari Laporan Ketua Audit Negara 2012, berkenaan pengurusan kewangan FINAS yang "kurang memuaskan".

Monday, 15 September 2014

PEGAWAI FINAS DIBUNUH?!!!!!!



Hari ini, di FINAS rata- rata semua warga FINAS bercerita tentang apa yang berlaku pada mesyuarat Pengurusan FINAS lepas iaitu pada 11hb September 2014 jam 3.00 petang. Tajuk perbualan yang hangat dan hangit ini oleh semua warga FINAS,sangat membosankan kerana  apa yang menjadi tajuk hari ini ialah mengenai kata-kata bijaksana Pengerusi FINAS, Datuk Haji Md. Afendi Datuk Haji Hamdan.Di dalam mesyuarat pengurusan FINAS itu, turut hadir adalah 2 Timbalan Ketua Pengarah , semua pengarah dan pegawai FINAS.
Rosni Zahari
“Saya dah berserabut, jaga FINAS ni tapi apa nak buat , Menteri masih perlukan saya.” Kata Datuk Afendi.(gelilah dengar..) “Ketua Pengarah akan bersara,siapa akan ganti?Timbalan Ketua Pengarah 1,Hajjah Fatimah Ahmad juga akan bersara…siapa nak jadi Kapten?” jelas Datuk Afendi lagi.
“Tak lain tak bukan Dr Megat Al-Imran Yasin lah.. ,Menteri pun sudah setuju,biarlah dia memangku selama sebulan,2 bulan , 4 bulan dan klu baik jadi Ketua Pengarah terus.”..saya akan beritahu Menteri,jelas Datuk Afendi.
“Sekarang akan ada dua (2) jawatan Timbalan Ketua Pengarah,siapa umur 54 dan siapa yang berminat,beritahu saya,” itulah ayat yang keluar dari mulut Datuk Afendi.“Saya akan gunakan letter head saya sendiri dan akan dapat persetujuan,Saya tinggal sebelah rumah Menteri!!!

Zaharin Aris
Khalid Maulud terus menyampuk, saya dah 55 tahun. Pengerusi.. eh kamu dah 55 tahun umur Datuk..( he,,he,he..)
Datuk Afendi terus menanyakan Hasan,Hasan kata dia 54 tahun,mengapa tak cakap saya?Kan Timbalan Ketua Pengarah kosong selepas Dr Megat naik jadi Ketua Pengarah(Betapa angkuh,sombong  dan munafik Datuk Afendi ni, manusia sebegini merasakan dia akan boleh melakukan apa jua termasuk penindasan kerana dia “UNTOUCHABLE” kerana Menteri        ( Shabery) ..bersekongkol dengan dia dan Perdana Menteri ada dibelakang dia kononnya.Ni satu lagi,..tiba-tiba si Timbalan Pengerusi FINAS, Haji Ahmad Zaharan Ibrahim yang mahu ditumbangkan kerana beliau cuba membawa perubahan terutama sekali tentang prosedur dan juga kejujuran di dalam FINAS yang bertujuan untuk memperbaiki dasar, tetapi gagal dilakukan dan kali ini pula terdapat juga rancangan yang telah disusun rapi oleh Ahli Lembaga Perbadanan, Dato’ Hajah Rosni Haji Zahari dan Zahrin Aris..KEPALA nya Datuk Afendilah..yang merancang untuk “membunuh” semua pegawai FINAS pula.

Friday, 12 September 2014

Shabery Cheek Lantik Sahabat Yang Hancurkan Agensi Sendiri.



Datuk Afendi
Menteri Kementerian Komunikasi Dan Multimedia ,Dato’ Shabery Cheek telah meletakkan sahabat baik beliau iaitu  Datuk Md Afendi Hamdan  di dalam FINAS. Selepas itu beliau telah melantik Datuk Md Afendi Hamdan sebagai pengerusi FINAS pula. Tujuannya ialah untuk mencatur beberapa perkara dan melanggar beberapa prosuder di dalam prosedur kerajaan. Ini merupakan kali pertama di dalam FINAS, sejak saya bekerja beberapa tahun di dalam FINAS. Dan untuk hari ini, sudah genap dua puluh lapan tahun saya bekerja di bawah FINAS.

Dato' Shabery Cheek
Inilah kali pertama dalam sejarah seorang Pengerusi FINAS mencampuri urusan pentadbiran. Pengerusi FINAS ini telah masuk di dalam mesyuarat pentadbiran dan cuba bertindak bagus untuk mengarah dan mengambil keputusan sendiri. Yang lebih menghairankan saya,selama saya bekerja di FINAS, Pengerusi FINAS tidak ada kuasa langsung dan beliau hanyalah seorang Pengerusi yang dilantik oleh Menteri. Datuk Afendi telah memecat dan menukar pegawai kerajaan dengan sesuka hatinya. Tindakan beliau membelakangkan hati pegawai pegawai kerajaan yang sudah lama berkhidmat dalam industri perfileman dan FINAS. Lebih mengecilkan hati kami ialah  apabila ramai di antara kami yang sudah lama di Finas dipandang sebelah mata sahaja oleh Pengerusi FINAS.

Tuesday, 9 September 2014

Industri Filem Malaysia Menunjukkan Kemajuan?

KUALA LUMPUR, Mac (Bernama) -- Para audiens dan penggiat industri hiburan tanah air sering bertanya sama ada industri filem Malaysia mampu menempuh kejayaan di persada antarabangsa.

Industri filem tempatan yang telah menyaksikan banyak pencapaian sejak filem Melayu pertama 'Laila Majnun' diterbitkan 80 tahun yang lepas kini dikatakan berada di ambang era kelahiran semula.

Pengarah Promosi dan Pemasaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Abd Khalid Maulod berkata, industri filem tempatan kini menyaksikan banyak perkembangan yang memberangsangkan.

Bukan sahaja bilangan filem terbitan karyawan Malaysia terus meningkat tetapi juga pengiktirafan bagi mereka, jelas beliau.

Sejumlah 73 buah filem ditayangkan di pawagam sepanjang tahun lepas berbanding 49 filem pada 2011, 39 filem (2010) dan 27 filem (2009). Selain daripada angka ini, pengiktirafan antarabangsa bagi mereka juga menunjukkan peningkatan daripada segi kualiti.

BUNOHAN FILEM TERBAIK FFM 25

Sebagai contoh, 'Bunohan', filem terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM 25) awal bulan ini, berjaya meraih beberapa pengiktirafan antarabangsa sehingga kini.

Pada Oktober 2012 filem berkenaan muncul sebagai satu-satunya filem Malaysia daripada 71 buah filem antarabangsa yang tersenarai dalam Anugerah Academy ke-85 bagi kategori Filem Bahasa Asing.

'Bunohan' juga pernah memenangi anugerah Golden Hanoman pada Festival Filem Asia Jogjakarta (JAFF) di Indonesia dan Anugerah NETPAC (Rangkaian untuk Promosi Pawagam Asia) pada Festival Filem Taipei Golden Horse 2011.

'Bunohan' turut menyaksikan tayangan perdana semasa Festival Filem Antarabangsa Toronto dan Taipei Golden Horse, dan dipilih oleh Universal Pictures untuk diedarkan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Filem 'Bunohan' dipertandingkan pada Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-55 bersama empat filem lain iaitu Ombak Rindu, Songlap, Nur Kasih The Movie dan Hikayat Merong Mahawangsa.

Bunohan dibintangi Faizal Hussein, yang memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM 25. Jalan ceritanya yang dilakarkan di sebuah bandar terpencil berdekatan sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan mengisahkan kasih sayang yang hilang antara tiga adik-beradik lelaki.

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Sebelum 'Bunohan', filem terbaik FFM 24 Hikayat Merong Mahawangsa yang mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan dari keturunan Iskandar Zulkarnain turut mendapat perhatian antarabangsa.

Dalam filem itu angkatan Rom, yang sedang membaikpulih kapal mereka di Goa, India, meminta bantuan Merong Mahawangsa untuk mengiringi Putera Rom ke Langkasuka untuk berkahwin dengan Puteri China dari dinasti Han. Misi berkenaan penuh dengan liku dan ranjau.

Merong Mahawangsa ditayangkan di lebih 40 negara dan menerima ulasan yang baik.

Begitu juga filem 'KL Gangster' arahan Syamsul Yusof, menyaksikan kutipan 'box office' RM12 juta dan mendapat pujian para penggemar filem Melayu Singapura ketika ditayangkan sempena Malam Gala Seri Temasek II pada Februari lepas.

MENGANTARABANGSAKAN FILEM MALAYSIA

Pengerusi Finas, Datuk Md Afendi Hamdan dalam ucapan beliau pada malam gala itu berkata satu daripada misi utama Finas adalah mengangkat keberkesanan serta daya saing industri filem dan kandungan kreatif negara.

"Matlamat ini dapat memperkukuhkan lagi landasan bagi hala tuju industri perfileman nasional ke arah lebih gemilang. Dengan kreativiti dan inovasi menjadi ciri yang konsisten dalam penerbitan kandungan, hasil yang bermutu tinggi akan menjadi kenyataan dan menyumbang kepada kecemerlangan industri perfileman tempatan," tambah beliau.

Malam Gala Seri Temasek adalah satu daripada medan berkesan untuk Finas membawa filem Malaysia ke arena antarabangsa.

"Satu lagi perkara yang ingin ditekankan di sini adalah sejajar dengan konsep 1Malaysia, Finas juga mengambil berat pembangunan filem-filem Cina dan India di Malaysia," jelas Md Afendi.

MALAYSIA DALAM ANUGERAH SERI TEMASEK

Md Afendi menyifatkan penganjuran malam gala yang sudah dua kali diadakan di Singapura sememangnya berkait rapat dengan sejarah perkembangan industri perfileman Melayu yang bermula di Studio Jalan Ampas di republik berkenaan.

"Di Studio Jalan Ampas lahirlah bakat seni lagenda negara seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Nordin Ahmad. Ini seterusnya mencetuskan kelahiran industri perfileman Malaysia," katanya.

Malam gala itu dianjurkan buat kali pertama pada 2011 di Singapura bagi mengiktiraf penggiat seni dari Malaysia dan Singapura.

Sambutan menggalakkan pada penganjurannya yang pertama, mendorong penganjuran Malam Gala Seri Temasek yang kedua pada bulan lepas dengan melibatkan penggiat seni dari Indonesia bagi mengukuhkan industri seni Asia Tenggara.

Pada Malam Gala Seri Temasek II bulan lepas pelakon lagenda kelahiran Malaysia Allahyarham Nordin Ahmad diberi Anugerah Lagenda Dalam Kenangan Seri Temasek.

Sementara empat penggiat seni Malaysia iaitu biduanita Datuk Sharifah Aini, pelakon veteran Latifah Omar, tokoh muzik Datuk Dr Ahmad Nawab dan pelakon veteran yang juga kakak ipar kepada Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee iaitu Mariani Ismail menerima Anugerah Gemilang Seri Temasek.

Pengerusi Finas Kagum Dengan Vikingdom

Pasti ramai yang tidak sabar dan teruja untuk menonton filem yang dinanti-nantikan, Vikingdom. Melihat pada trailer filem ini saja, cukup untuk membuatkan GUA kagum apatah lagi ia dihasilkan oleh majoritinya anak Malaysia. Vikingdom merupakan sebuah filem aksi fantasi terbitan syarikat produksi, KRU Studios dan juga merupakan buah tangan terbaru pengarah berbakat, Yusry Abdul Halim.

Bersempena dengan tarikh penayangannnya pada 12 September depan, KRU Studios mengadakan sebuah forum, ‘The Art of  Vikingdom’, bagi berkongsi sendiri mengenai proses pembikinan serta di sebalik tabir filem terbitan tempatan untuk pasaran antarabangsa ini.

“Biasanya, apabila di penghujung kredit filem saja, penonton akan mula bangun untuk keluar dari pawagam. Justeru, kami mengambil inisiatif ini untuk memperkenalkan, ‘unsung heroes’ atau mereka yang banyak mencurahkan tenaga serta idea dalam filem ini, bagi berkongsi sendiri mengenai pengalaman mereka menghasilkan filem yang menelan kos RM 20 juta ini,” ujar Penerbit Eksekutif, Norman Abdul Halim ketika ditemui di TGV One Utama, petang Selasa.
Antara ahli panel yang hadir dalam forum yang berlangsung selama hampir tiga jam ini ialah Pengarah, Yusry Abdul Halim, Pereka Produksi ,Tommy Mansur, David Tang dan Sherwin David Nunis selaku Pengarah Seni, Pereka Kostum, Rosada A. Hamid, Jurusolek Kesan Khas, Monica Lee serta Syafiq Ali’am selaku Ketua Props dan Scenic Painter. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan TGV, Gerald V. Dibayawan serta Pengerusi FINAS, YBhg Datuk Haji Md Afendi Datuk Haji Hamdan.

“Selepas tengok trailer filem ini, saya rasa ya, inilah filem ‘Cannes’. Saya teruja kerana dah lama saya tunggu filem berkualiti seperti ini. Saya betul-betul tak sangka di mana perjalanan hidup mereka yang bermula sebagai artis rap, akhirnya mereka boleh sampai sehingga ke tahap ini.

Secara peribadi, saya bangga dengan kualiti filem ini yang dihasilkan oleh anak Malaysia dan kalau boleh saya nak lihat banyak lagi filem seperti ini dihasilkan dalam industri kita. Tahniah buat Norman serta seluruh kru produksi dan Finas akan melakukan yang terbaik untuk menyokong filem ini,” ujar Datuk Md Afendi.

Filem Vikingdom membariskan bintang-bintang antarabangsa antaranya Dominic Purcell, Natasia Malthe, Jon Foo, Conan Stevens dan Craig Fairbrass. Filem yang menjalani penggambaran serta proses penerbitan 100% di Malaysia ini bakal ditayangkan pada 12 September 2013 manakala untuk pasaran antarabangsa pada 4 Oktober 2013 di Amerika Syarikat.

FILEM FILEM P RAMLEE



Realisme adalah berkaitan tentang kewujudan sesuatu. Realisme boleh dihubung-tafsir dari pelbagai perspektif seperti sastera, seni mahupun dalam konteks perlangsungan kehidupan.

Sebagaimana yang aku bagitau dalam post sebelum ini, kebanyakkan filem indie adalah filem-filem yang berorientasikan kepada unsur-unsur realisme yang berlaku di dalam masyarakat setempat.

Melihat kepada prosa ini, sebenarnya, filem-filem lama ataupun istilah-lainnya disebut filem hitam-putih khususnya karya Seniman Agung P.Ramlee, banyak mengangkat isu semacam ini.

Kita dapat melihat sebegitu banyak isu realisme yang diangkat oleh P Ramlee dalam karya beliau.

Jika kita menaakul kepada kebanyakkan hasil karya beliau, kita dapati beliau banyak mengangkat tema berkisarkan kelangsungan-kehidupan golongan proletariat, gelandangan, kelas bawahan sebagai watak utama berbanding golongan borjois mahupun elitis.

Karya-karya beliau amat dekat dengan masyarakat.

P.Ramlee gemar mengangkat situasi realisme yang berlaku pada eranya dan direpresentasi melalui filem-filem arahan mahupun lakonannya.

Kebanyakkan filem P.Ramlee berlatar-belakangkan suasana realiti masyarakat yang berlaku pada ketika itu.

Antara isu yang diangkat oleh P.Ramlee ialah seperti isu kemiskinan, buta huruf, kemelaratan dan lain-lain isu yang sememangnya menggambarkan senario yang berlaku pada era tersebut.

Sekadar memberikan contoh, golongan gelandangan dipaparkan sebegitu susah untuk mencari sesuap nasi, seperti yang digambarkan di dalam filem Penarik Becha.

Begitu juga masyarakat buta huruf sebagaimana yang dipaparkan di dalam filem Pendekar Bujang Lapuk.

Malah beliau dengan lantangnya mengkritik ketidak-adilan stratifikasi sosial(baca:jurang antara kaya dan miskin)dalam filem Antara Dua Darjat(baca:yang sering ditampil-lawakkan oleh pembikin masakini untuk babak cinta ditolak, contohnya dalam Senario Episode 2:Beach Boys).

Ironikalinya, fikrah idealogi perfileman(dan pemikiran) P.Ramlee sama sekali sangat berlawanan dengan senario pembikin-pembikin filem masa kini yang lebih gemar untuk memaparkan sudut-pandang karya mereka berpaksikan golongan elitis, berorientasikan kemewahan, contohnya bekerja di syarikat multinasional, rumah yang sebesar-besar rumah, rumah ada gelanggang tenis, memakai kereta yang canggih-canggih, gajet canggih-canggih, baju jenama ternama dan aspek yang memperlihatkan ketinggian status golongan kelas atasan.

Jarang sekali kita melihat golongan-golongan sederhana ataupun gelandangan diangkat menjadi tema atau watak utama di dalam sesuatu drama ataupun filem, walhal golongan-golongan semacam inilah yang banyak menjadi asam dan rencah di dalam mewarnai masyarakat pasca-kemerdekaan masakini.

Hakikatnya, kita tidak dapat lari dari kemiskinan, eksploitasi, kapitalisma, kuku-besi, bekerja makan gaji, “kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang”, “kekejaman situasi hirarki kemanusiaan”, ketidak-adilan stratifikasi sosial, realiti cari-makan, bayar-sewa, periuk-nasi, kekurangan materialistik, harga barang naik, harga minyak naik, yuran persekolahan naik, hutang keliling pinggang dan lain-lain isu seangkatan dengannya.

Inilah unsur realisme yang diangkat oleh P Ramlee dan kebanyakkan pembikin-pembikin filem indie untuk menjadi tema utama/asas kepada karya-karya mereka.

Jika kita melihat kepada filem-filem sekitar tahun 2000-2010, amat sukar sekali untuk kita mencari filem-filem berlatar-belakangkan realisme kerana minda pembikin filem mainstream masakini lebih cenderung untuk melahirkan karya-karya yang bercirikan kemewahan dan kekayaan, walhal ini amatlah berbeza dengan apa yang berlaku didalam masyarakat. Hakikinya, masih ramai lagi dikalangan kita yang hidup melarat ibarat "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".
Eh, eh, cop, cop, sebenarnya banyak contoh filem-filem dan drama-drama berunsurkan realisme yang telah aku tonton, Cuma malas nak listkannya.

Filem atau drama berteras realisme apakah yang baik untuk korang tonton berbanding "air-tangan" Ahmad Idham, Razak Mohideen dan seangkatan dengannya?